Thursday, January 5, 2012

JERSI BARU PERAK 2012


Senarai pemain Perak dan Jersi baru 2012 telahpun diumumkan. Terdapat beberapa muka baru dan pemain impot dalam senarai 2012 ini.
Jersi baru Perak ini telah ditaja oleh KIKA. Untuk musim kali ini Perak masih mengekalkan warna tradisi iaitu kuning, hitam dan putih sejajar dengan warna rasmi bndera negeri Perak.

Jersi Kuning Hitam: Jersi Utama (Home)
  • Sekali pandang macam jersi Malaysia kerana jalur dan gabungan warna kuning dan hitam. Corak menegak pula macam jersi pasukan Barcelona musim 2011/2012
  • Memang cantik dan nampak garang
  • Jersi utama ini digayakan dengan seluar dan stokin hitam

Jersi Putih: Jersi Kedua (Away)

  • Nampak simple tapi masih menarik. Jersi putih dengan jalur menyerong ini seakan-akan jersi kedua Manchester City musim 2010/2011
  • Jalur kuning dan hitam pada bahagian lengan menampakkan sisi lengan jersi yang bergaya
  • Jersi ini digayakan dengan seluar hitam dan stokin putih

Pihak Pengurusan 2012

Presiden PAFA : Dato Zainal Padzi Paharuddin

Pengurus : Khairul Azwan Harun

Jurulatih : Norizan Bakar

Pembantu Jurulatih : Chong Yee Fat

Jurulatih Penjaga Gol : Abdul Talib Saidi

Physiotherapist : Zainudin Zakaria

No comments:

Post a Comment