Wednesday, December 12, 2012


Benarkah Bumi Akan Bergelap Selama 3 Hari?



BONUS 2012/2013


Bayaran Bonus 2012 : Semasa pembentangan Bajet 2013, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bonus kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi. Macam mana boleh tambah 1 bulan gaji lagi? 



Ini kerana kerajaan telah melakukan pembayaran bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dikirakan sekali sebagai hadiah untuk kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2013 walaupun ketika itu ia sudah diberikan. Bakinya…
Bakinya (iaitu bayaran bonus kali kedua) akan disalurkan menerusi bayaran bonus 2012 (Disember & Januari 2013). Tetapi bilakah sebenar tarikh pembayaran bonus tersebut?

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BONUS 2012 (DISEMBER) & PEMBAYARAN BONUS 2013 (JANUARI)?

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.
Pekeliling Bonus Kakitangan Awam Bayaran Kali Kedua : KLIK SINI


Bayaran Bonus Disember 2012 : 18 Disember 2012 (Minimum RM500) + gaji Bulan Disember 2012

Pembayaran Bonus Januari 2013 : 23 Januari 2012 (Minimum RM500) + gaji bulan Januari 2013

Bajet 2013 : Bayaran Bonus
Kami pasti berita bonus Disember 2012 & bonus Januari 2013 amat dinantikan kalangan kakitangan 
awam bagi membantu membuat persediaan awal termasuk soal pengurusan kewangan terutamanya 
yang sudah berkeluarga yang mana anak masing-masing bakal bersekolah semula pada awal tahun 2013.

Seperti kata Datuk Seri Najib, bayaran bonus 2012 (bulan Disember 2012 & Januari 2013 ini) sebagai penghargaan khas buat kakitangan awam terutamanya yang sudah berkeluarga. 
Harap-harap begitulah…

~beritasemasa.com

Monday, October 29, 2012

Monday, April 2, 2012

BAHAYA CIUM TELINGA

[BH] NEW YORK: Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.
Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald.

Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an. Selepas akhbar Long Island melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang
mengalami masalah sama.

Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.
Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanakbagaimanapun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.

Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala ataupenggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.
Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanak Antarabangsa. – Agensi.

Friday, March 9, 2012

KESAN LETAK LAPTOP ATAS RIBA

Peringatan Panas!!!
Inilah Kesan Bakal Terjadi Jika anda Suka Meletakkan Laptop Di Atas Riba..

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitankomputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanserkulit. Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang
terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

Thursday, February 2, 2012

JANGAN MINUM BERDIRI

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri? Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer.

" Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan.Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan & ginjal

3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke & serangan jantung

By: Ma'ar Rahman

MAKCIK PANIK REMPUH KERETA & KEDAI

Monday, January 30, 2012

NENEK STUDENT


Wah.. hebat tul nenek2 zaman sekarang.. ade masa lagi utk pergi belajar. Kalau tengok baju.. haha.. ada yg sekolah rendah and ada plak yang dah masuk sekolah menengah.. Bagus2.. ada semangat nk belajar.