Saturday, December 31, 2011

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA MILIK OSBON

Kumpulan OSBON akhirnya dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2011 selepas 10 minggu berhempas pulas memerah otak untuk menambat hati para juri profesional dan penonton. Kumpulan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM350,000.00 dan trofi.
Maharaja Lawak Mega diadili oleh 4 orang juri tetap iaitu Dato' Siti Nurhaliza, Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan juri jemputan, Aaron Aziz.
MLM akhir dibawakan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam dan disiarkan di Astro Warna, saluran 132.
Barisan Finalis yang berentap di pentas Akhir dengan gaya yang tersendiri.
Naib Juara berpihak kepada kumpulan BOBOI dan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM250,000.00 dan trofi.
Kumpulan SAEHU menduduki tempat Ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000.00 dan trofi.
Kumpulan SYOK di tempat keempat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.00 dan trofi.

ML Mega 2011 [Final] - Osbon [1]

ML Mega 2011 [Final] - Boboi [1]

ML Mega 2011 [Final] - Osbon [2]

ML Mega 2011 [Final] - Boboi [2]

Friday, December 30, 2011

WAAA.. ATOK NI SHUFFLE LAA..



Korang ingat korang yang muda remaja ja mampu shuffle ka?

Thursday, December 29, 2011

TANDA-TANDA ISTERI ANDA CURANG

Artikel ini dipetik dari sumber blog, boleh percaya ke tak ni korang baca dulu. Lepas tu fakir.

-artikel-

Katakan korang telah berkahwin dengan seorang awek yang cun melecun dan baik hati. Korang juga mempunyai hubungan yang solid-molid dan rasakan isteri korang itu tidak akan curang …. Betul? SALAH! Memiliki isteri curang adalah satu perkara yang menghantui ramai lelaki dalam sesuatu hubungan. Ye lah.. sape tak saying bini kan? Hanya memikirkan isteri korang berada dalam pelukan lelaki lain dah boleh membuat korang meremang bulu roma. Itulah sebabnya mengapa terlalu penting untuk mengetahui tanda-tanda pasti yang korang mempunyai isteri curang.

Jadi, apa dia tanda-tanda isteri curang? Dapatkan jawapan korang di sini sebelum korang mula menuduhnya curang yer.

1. Isteri korang tidak lagi memerlukan korang. (Kesian..)
Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang ke atau menyeberang jalan sendirian ke, tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran korang, ini mungkin bererti seseorang yang lain yang mengisi tempat korang. Ada kemungkinan juga isteri korang hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi jika dulu dia amat memerlukan korang dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi independent, itu mungkin tandanya dia tidak lagi memerlukan korang di sisinya.

2 - Isteri tidak lagi marah (Yahuuu...)
Kalau dulu isteri korang naik hangin jika korang tidak mahu makan lunch bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya., tapi sekarang semua yang korang buat, dia alright jer. Dulu, setiap langkah korang harus terancang, tapi sekarang semua kesilapan kecil yang korang buat tidak lagi membuatnya marah. Ini memang perkara baik, tetapi korang tak tertanya-tanya ke kenapa isteri korang tidak lagi peduli kat korang?

3 - Dia mula berahsia (Hmmm...)
Dia tidak lagi kongsikan kepada korang apa yang dia buat seharian. Dulu, sesiapa yang call dia kat handphone, korang tak payah nak tanya siapa yang call, sebab dia akan beritahu dahulu. Sekarang, korang pulak yang perlu bertanya kepada dia siapa yang call sebab dia tak akan bagitahu. Korang diam, dia pun diam lah. Kalau dia bagitahu pon, maybe after beberapa minit atau jam selepas mendapat alasan yang sesuai.

4 - Sekarang korang pulak yang menjadi tumpuan
Bila korang bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawap soalan dengan soalan. Bila korang tanya bagaimana lunch atau dinner dia dengan kawan-kawannya, dia akan diam jer. Atau bagi jawapan pun tak full. Sekarang nih semuanya cuma tentang hal korang, korang, korang jer. Korang pulak yang perlu bagitahu dia tentang bagaimana lunch atau dinner korang. Bagaimana trip pancing korang ker? Bla bla bla bla...

5 - Dia menyirami korang dengan kasih sayang (tiba-tiba)
Isteri korang selalu memuji korang, menyuruh korang pi enjoy keluar dengan kawan-kawan, memberikan korang kad 'I Love You" secara tiba-tiba, sanggup mencuci kereta korang ker atau tengok wrestling dengan korang. Of course la semua ini memang sweet, tapi sifat over secara tiba-tiba ini lah yang amat mencurigakan. Betul tak? Jika dia asyik memberikan korang hadiah yang best-best, mungkin lebih baik korang menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.

http://magtrafficexchange.blogspot.com/2011/04/tanda-tanda-isteri-korang-curang.html

Thursday, May 12, 2011

INFO KERIAN


Lokasi
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Sungai Kerian
Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.Pantai Ban Pecah
Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing di kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan lautnaya antaranya makanan yang menarik di kerian ialah 'kari sembilang merah' Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini umtuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.
Cara Ke Sana
Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Asal-Usul Nama
Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Muka Bumi
Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.

Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.

Pentadbiran Daerah
Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.

Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.

Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol, Pekan Tanjung Piandang dan Pekan Kuala Kurau.

Ekonomi
Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Penduduk
Mengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah Kerian ialah 148,575 orang. Pecahan mengikut jantina, 72,666 orang lelaki (48.09%) dan 75,909 orang perempuan (51.01%). Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1.4 setahun.

Masyarakat Banjar
Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Ikhwanul Muslimin
Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.
1950 Persidangan alim ulama seluruh Tanah Melayu di bawah anjuran UMNO . Telah timbul pandangan yang berlainan antara anggota UMNO.
1951 Persidangan alim ulama kali kedua , orang Melayu telah berpecah kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Golongan ulama dalam UMNO yang telah keluar dari parti ialah Haji Ahmad Fuad , Haji Maliki dan Haji Ahmad Badawi.

Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, Perak. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir .

Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menamakan sekolah sedia ada sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar al Baqir sempena nama Ustaz Abu Bakar Al Baqir , seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan Perak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff , Gunung Semanggol.