Saturday, March 16, 2013

Perbandingan Galaxy S4 dengan Pesaingnya


Samsung telah melancarkan telefon pintar  terbaru, Galaxy S4, pada 14 Mac 2013. sudah tentu syarikat Korea Selatan itu berharap Galaxy S4 dapat meneruskan kejayaan seperti Galaxy S III

Untuk meraih kejayaan di pasaran  global, Galaxy S4 harus bersaing dengan telefon pitar Android lain sekelasnya, seperti Sony Xperia Z, HTC One, dan LG Nexus 4 

Galaxy S4 juga akan bersaing dengan telefon pintar dari platform lain. Beberapa produk yang sedia bersaing adalah Apple iPhone 5, Nokia Lumia 920 yang berbasickan  Windows Phone 8, serta BlackBerry Z10 yang mengejutkan pasar dengan sistem operasi terbaru, BlackBerry 10.

Jadual perbandingan yang memberi sedikit gambaran tentang perbezaan Galaxy S4 dengan telefon pintar kelas atas dari platform lain. 


Wednesday, December 12, 2012


Benarkah Bumi Akan Bergelap Selama 3 Hari?



BONUS 2012/2013


Bayaran Bonus 2012 : Semasa pembentangan Bajet 2013, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bonus kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi. Macam mana boleh tambah 1 bulan gaji lagi? 



Ini kerana kerajaan telah melakukan pembayaran bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dikirakan sekali sebagai hadiah untuk kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2013 walaupun ketika itu ia sudah diberikan. Bakinya…
Bakinya (iaitu bayaran bonus kali kedua) akan disalurkan menerusi bayaran bonus 2012 (Disember & Januari 2013). Tetapi bilakah sebenar tarikh pembayaran bonus tersebut?

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BONUS 2012 (DISEMBER) & PEMBAYARAN BONUS 2013 (JANUARI)?

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.
Pekeliling Bonus Kakitangan Awam Bayaran Kali Kedua : KLIK SINI


Bayaran Bonus Disember 2012 : 18 Disember 2012 (Minimum RM500) + gaji Bulan Disember 2012

Pembayaran Bonus Januari 2013 : 23 Januari 2012 (Minimum RM500) + gaji bulan Januari 2013

Bajet 2013 : Bayaran Bonus
Kami pasti berita bonus Disember 2012 & bonus Januari 2013 amat dinantikan kalangan kakitangan 
awam bagi membantu membuat persediaan awal termasuk soal pengurusan kewangan terutamanya 
yang sudah berkeluarga yang mana anak masing-masing bakal bersekolah semula pada awal tahun 2013.

Seperti kata Datuk Seri Najib, bayaran bonus 2012 (bulan Disember 2012 & Januari 2013 ini) sebagai penghargaan khas buat kakitangan awam terutamanya yang sudah berkeluarga. 
Harap-harap begitulah…

~beritasemasa.com

Monday, October 29, 2012